Monday, March 21, 2011

Di tepian pantai : Warna Hitam Putih

FB1

FB2

FB3

Kesemua gambar diatas aku gunakan lensa 70-200 di atas badan kamera Bingkai Penuh (Full frame). Diproses menggunakan perisian Adobe Lightroom diberi preset Hitam Putih.
Kenapa aku pilih hitam putih? sebab aku mau tunjukkan mood di tepian pantai dalam hitam putih.
Korang pun boleh juga ambik gambar macam ini, cuma korang perlu tunggu detik yang sesuai bak kata mat salleh “the right moment”
aturan kamera? senang je, korang set pada mode AV atau TV. tak payah pechah kepala korang nak set manual.(aku guna manual dalam studio dan dalam keadaan tertentu sahaja. untuk moment Tv lebih sesuai.
ISO pulak?, korang set je 800. kalau hari terang, ko kurangkan je lah ISO tu.
selamat mengambil gambar!

Sunday, March 6, 2011

Potrait of the Day




Potrait of Iesha : Available light : 50mm F1.8
Gambar diatas aku ambil gunakan lensa 50mmm F1.8 sahaja. Kenapa 50mm? sebab aku suka ini kerana ianya boleh menghasilkan imej yang baik dan hargnya murah.  Murah tapi efektif memberikan gambar yang terbaik untuk anda.

Tuesday, March 1, 2011

Refresh Yourself

IMG_0404

1 set lampu denyar digunakan dalam pembikinan Refresh Yourself ini.
aturan kamera : ISO  640, F5.6, 1/125 dengan kekuatan flash  1/8 secara manual.