Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Bila bekerja berpasukan (dari pandangan aku)

Bila bekerja berpasukan, atau pun beberapa orang individu yang yang membentuk satu pasukan, beberapa perkara hendaklah dipatuhi agar kumpulan yang dibina tidak berpecah belah, sakit menyakiti antara satu sama lain dan sebagainya.

Ok, antara kriteria yang perlu difahami dalam kerja berpasukan ialah

1. Setiap tindakan ketua mesti telus dan sebolehnya jangan ada rahsia

Kadangkala, menjadi ketua bukan semudah yang disangka, tetapi sebagai ketua dalam sesebuah kumpulan setiap tindakan akan menjadi tumpuan ahli-ahli yang lain. ok contohnya, jika si ahli bertanya kepada ketua apa perancangan untuk 2009, si ketua akan menjawap, "aku ada perancangan korang duduk je diam-diam" perumpamaan begini secara tidak langsung akan menimbulkan banyak spekulasi kepada ahli-ahli yang lain di dalam kumpulan. apalah salahnya dijawap dengan ayat sebegini, "perancangan untuk 2009 adalah bla bla bla". Hah!, bukan nya susah pun. Bila timbul spekulasi dalam kumpulan dan bermacam-macam ragam yang timbul akibat sifat ketua yang terlalu berahsia, korang taula alamat kumpulan tersebut tak lama la.

2. Setiap pandangan ahli hendaklah diambilkira untuk penambahbaikan pada masa akan datang

Ok, sebagai ketua, pandangan daripada ahli-ahli yang lain perlu diambilkira dalam kerja berkumpulan ini. jika asyik dengan ego ketua yang mengatakan perancangan dia lebih baik, secara tidak langsung, menunjukan si ketua tersebut adalah seorang yang ego. tak menerima pandangan orang lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kumpulan tersebut tak dapat bertahan lama.

3. Pembahagian tugas sama rata kepada setiap ahli kumpulan

Pembahagian tugas yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan menjamin kestabilan sesebuah kumpulan. contohnya si A lebih banyak kerja daripada si B, dan si C langsung tidak ada kerja, maka ini mewujudkan suasana kurang sihat dalam sesebuah kumpulan. Ketua sepatutnya, bertanggungjawap membahagikan tugas sama rata agar ahli-ahli yang lain dapat melibatkan diri dan ini secara tidak langsung mereka tidak akan rasa tersisih disebabkan pembahagian tugas yang tidak seimbang.

Ok jika ada rasa pertambahan yang korang nak buat mengenai post nih, sila-sila la post kat komen yek! atau saje je nak mengomel, sila menjerit kat shoutbox tu k.

Saturday, April 19, 2008

manusia dan egonya

Assalamualaikum wbh

manusia dan egonya. Semalam adela beborak dengan member, rudy perhatikan cara dia, memang penuh dengan keegoan yang tinggi. biasala, manusia, kalau makhluk asing dari planet lain tu memang xde ego kot.

Selama rudy perhatikan kawan rudy sorang ni, fuh...ego dia memang tinggi...pastu siap keluar kenyataan lagi "people around him needed him" pastu berlagak lagi.

nak gelak adela jugak, adakah patut dia keluarkan penyataan macam tu?. Rudy rasakan dia tu perlukan kawan-kawan sekeliling dia.

tapi, x baik nak nilaikan seseorang macam tu je kan. bak kata pepatah jangan nilaikan buku melalui kulitnya. kena perhati dan buat penilaian sendiri. tapi kalau nak ego pun jangan le nak keluarkan penyataan macam tu kan?.

biasalah manusia...susah mau cakap.