Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Pontianak, Kalimantan Barat Part II

Sambungan daripada entry pertama.

Tujuan kami berkunjung ke Kalimantan Barat adalah untuk berkenalan dengan para komuniti jurugambar yang berada di sana. Terima Kasih kepada Frendy Wijaya kerana melayani karenah aku, Jeb, Aiok dan Amey.

Selain daripada berkenalan dengan komuniti jurugambar di Indonesia, tujuan kedua  pergi ke Indonesia adalah untuk mencari peluang-peluang perniagaan. dan seterusnya adalah untuk shopping juga.

Layankan gambar-gambar dibawah ini yang dimuat naik tanpa kesan suntingan daripada photoshop. dan gambar ini adalah terus daripda kamera (Guna picture style daripada CANON adjer

_MG_8355

Hotel Gajah Mada (tempat kami menginap) – Infrared Picture Style

_MG_8361

Jalan Gajah Mada – Japanese Picture style

_MG_8363

Peniaga Jalanan  di Pontianak – Japanese Picture style

_MG_8374

_MG_8375

_MG_8369

Jalan berhampiran dengan Hotel Kini – Japanese Picture style

Bahagian ke 3 akan menyusul kemudian

Sunday, June 6, 2010

Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia

Pada 28-31 Mei yang lalu aku, Aiok, Jeb dan Amey telah bertolak ke Pontianak Kalimantan Barat Indonesia. Aiok, amey dan Jeb ditemani oleh isteri masing-masing dan turut serta, ibu mertua aiok dan Isha anaknya yang bongsu.

Perjalanan menggunakan bas DAMRI, yang aku rasa agak selesa juga dan kami bertolak daripada Kuching jam 7.30 pagi daripada terminal batu 3 Kuching

IMG_8294

Bas DAMRI yang bertolak daripada Kuching

 

Perjalanan agak perlahan pada mulanya, dan dalam perjalanan aku memerhatikan gelagat manusia dalam bas kami. dan perjalanan ke Tebedu/Entikong memakan masa dalam 1 jam lebih.

IMG_8295

Sempadan Malaysia dan Indonesia (Tebedu / Entikong)

 

Sampai di Tebedu, kami melalui pemeriksaan Imigresen Malaysia (untuk passport) dan kami kena berjalan kaki ke pintu sempadan Indonesia yang terletak tidak jauh daripada kaunter imigresen Malaysia. masuk di Pintu sempadan Indonesia, aku mendapati banyak ulat-ulat yang berkeliaran (ada yang menjual simkad telefon bimbit nombor Indonesia dan ada juga yang bertindak sebagai pengurup wang)

Aku membeli simkad SimPATI (telkomsel) untuk kemudahan berkomunikasi dan semestinya harga di sempadan amatlah mahal kerana ulat-ulat tersebut menyatakan dalam RM. (simkad berharga RM10.00) dan jika aku membelinya di Kota Pontianak, harga dalam RM5.00. Ini kerana harga untuk perayaun bersama Digi dan Celcom amatlah mahal iaitu RM2.00 per SMS, so kiranya baiklah aku membeli no. telefon bimbit Indonesia.

Lepas di sempadan Indonesia, kami menaiki semula bas dan bertolak ke Kota Pontianak.

Berhenti Rehat di rumah makan yang pertama, kami lalui dan aku rasakan amat mahal (aku dan amey dicaj Rp31000) untuk makan ayam, telur dan nasi. (tip : kalau membeli makanan di Indonesia, jangan convert ke RM sebab jika convert ke RM, ianya masih murah. Aku rasa tidak berbaloi sungguh Rp31000 itu dengan makanan yang ditawarkan)

Lepas daripada itu, kami bertolak semula dan keaadaan jalan yang agak berbelok-belok membuatkan aku rasa mabuk dalam perjalanan ini.

Oleh kerana aku merasakan mabuk dalam perjalanan, aku ke belakang bas untuk berborak bersama-sama Jeb, aiok dan amey. dan tiba-tiba aku terdengar bunyi macam sesuatu di langgar dan serentak dengan itu, cermin bas di belakang kami pecah. kami kemalangan dilanggar sebuah bas Damri yang mengekori kami daripada belakang. Menurut cerita, pemandu bas tersebut mengantuk dan terlanggar bas kami. Syukur Alhamdullilah kami tidak apa-apa.

IMG_8310

bahagian belakang bas yang dilanggar (kami terpaksa menunggu beberapa jam untuk sebuah bas daripada Kota Pontianak untuk mengambil kami

 

Kami tiba jam 8.00 lebih di Kota Pontianak (waktu Indonesia adalah GMT +7.00) beza satu jam) sebab kemalangan tadi dan kami menginap di Hotel Gajah Mada di Jalan Gajah Mada.

IMG_8320 IMG_8327

Muka-muka keletihan baru sampai di Kota Pontianak (Kalbar Indonesia)

 

Bahagian  II akan  menyusul kemudian

Thursday, February 19, 2009

Bandung Panorama Indonesia


Click for Larger view.
Entry : coming soon

Wednesday, February 18, 2009