Wednesday, August 31, 2011

Salam Kemerdekaan

rudymerdekarayfba

Hari ni, genap 54 tahun negara kita menyambut kemerdekaan. Aku taknak cakap panjang-panjang. cuma aku nak ucapkan Salam Kemerdekaan buat pengunjung sekalian.

Jadilah warganegara yang bertanggungjawab dan Salam Hari Raya Merdeka untuk anda!

Monday, August 29, 2011

test blog

testing
Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Aidilfitri + Salam Kemerdekaan

 

salam aidilfitri

Assalamualaikum wbh

Disini, Rudy nak ucapkan Salam Aidilfitri buat

1. Rakan-rakan jurugambar sekalian.

2. Rakan-rakan bloggers

3. Rakan-rakan yang mengenali diri ini

4. Pembaca setia blog ini

5. Kepada anda dan anda semua

Ku susun 10 jari, mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap kepada kalian. Kepada yang balik kampung tu, bawak kenderaan hati-hati ya. Salam Aidilfitri

“ Terbawa angan mengetuk daun pintumu kasih
Memohon maaf sekian kali
Mengecap segala keindahan alam fana ini
Apalah lagi hendak untuk menyelam cinta ilahi
Ketika takbir hari raya
Seluruh umat bergembira
Tersentuh jiwa sedang lara
Dibelai rindu tak terkata ”

 

Ikhlas daripada :

Rudy Iskandar

Principal/Senior Photographer : AKUreka & Rudy Iskandar Photography

Monday, August 8, 2011

Soalan Epik : DSLR mana aku nak beli?

 

IMG_0977

Salah satu persoalan yang menggangu gugat seorang bakal pemilik DSLR baharu. Meh sini aku terangkan.

1- Kenali bajet anda.

Kalau bajet anda tiada limit, aku rekemen ko ambik Hassleblad ke, Leica ke. tapi kalau bajet ciput nak kamera grand, tak boleh jugak sebab bajet.kamera low entry pun boleh beb, ambek gambar power.

2-Nikon? Sony?, Canon? ????

Semua DSLR sama fungsinya, kenali asas fotografi digital dan kuasai kamera bukannya brand !

aik, dua jer? (sukati aku lah nak letak 2 ke 3 ke.sebab blog aku..hahahaha)

secara amnya korang kena tahu berapa bajet nak beli, sebab tanpa bajet anda tak boleh beli kamera. fungsi DSLR sekarang makin canggih dan makin maju, cuma ada perbezaan antara entry level dan professional level. Yang penting, kuasai asas fotografi barulah boleh ambik gambar yang cantik molek

renung-renung selamat membeli.

 

Rudy Iskandar | Principal Photographer | AKUreka

Friday, August 5, 2011

Jangan ambil hak cipta gambar orang lain

 

the photogs

Assalamualaikum wbh, salam 5 Ramadhan dan Salam Jumaat.

Nak bercerita sedikit, minggu ni tengah hot kat Facebook, beberapa rakan jurugambar yang gambar mereka diambil dan diletak watermark dan dianggap milik sendiri oleh beberapa orang jurugambar aku rasa tak payah nak panggil jurugambar lah, sebab tiada etika, oleh beberapa orang yang baru nak memiliki DSLR ni.

Aduh, apa nak jadi ni, langsung tiada etika. ni pasalla aku nak bubuh gambar-gambar aku watermark yang besar-besar.

kalau rasa  gambar masih tak kaw, janganlah ambil gambar orang lain dan anggap milik anda. belajar untuk ambil gambar ni, adalah proses berterusan dan anda takan jadi pandai dalam masa 1 hari aje.

meh, tengok sini pulak : http://www.myipo.gov.my/bm/kenali-myipo/functions-and-services/copyrights.html

jadi, tak panjang-panjangkan cerita, silalah belajar dan terus belajar untuk ambil gambar yang betul. Aku pun masih belajar jugak k!

Wasalam.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

 

Salam Ramadhan buat semua, sorry lah aku tak sempat nak attach gambar nak bubuh siap-siap ada tulisan “selamat berpuasa” etc etc…

Yang pastinya, puasa-kena puasa, jangan puasa yok-yok( puasa tipu) dan semoga ramadhan kali ini memberikan anda suatu kepuasan dan menjadikan anda insan yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

Buat aku pulak, puasa tahun ini semestinya mencabar dengan suasana baru (taklah baru sangat). Moga aku dapat mengharunginya dengan tabah sambil berkhidmat untuk negara yang tercinta.

Salam Ramadhan semua | Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

(kedatangan mu dinanti, pemergianmu ditangisi)