Sunday, January 10, 2010

Buka Dashboard Perodua kancil

09012010162

09012010164

Salam 1 Malaysia.

Korang mesti tertanya-tanya apesal plak dengan kereta kancil takde dashboard kat atas, tu tandanya aku dah bukak dashboard kereta tu

Memula aku ingat susah nak bukak dashboard kancil ni, tetapi prosesnya terlalu mudah.

Dashboard kancil ada 5 skru utama kesemuanya, 3 kat atas, 2 lagi kat kiri dan kanan.

mula-mula ko bukak panel meter tu, ko tarik je, ke atas, jangan tertipu oleh skru 2 bijik kat panel meter tu.  pastu, ko bukak le panel aircond tu. bukak semua skru yang ada kat player dan jam (korang tarik keluar) pastu  yang suis aircond, ko bukak skru dia je. yang suis kat panel (wiper, heater, sidemirror ko cungkil pastu unplug je dari wayar die)

Lepas tu ko bukak 5 bijik skru utama dashboard tu, dan ko tarik jelah keluar dan maka terjadilah seperti gambar diatas.

Pasal wayar-wayar aku yang serabut tu, tu semua wayar akesesori seperti tweeter, alarm dan lain-lain lagi. so kalo keta kancil ko masih standard wayar-wayar kat gambar tu memang takde la.

Selamat mencuba.