Ok, berbalik kepada pernyataan di atas, ramai yang ingin cara pintas untuk sesuatu. Tak kisahlah, benda, cara, atau pun apa-apa yang dihajati. Kisahnya begini
Si manusia X ni, ingin belajar sesuatu, tetapi malas untuk menjelajah sendiri ataupun paling senang nak mencuba. Bila kita tunjukkan jalan, dan tak di aplikasikan atau digunakan, maka, manusia X ni tidak berpuas hati, mengatakan kedekut ilmu, bakhil dan sebagainya, walhal sudah ditunjukan jalan macam mana nak dilakukan.
Memang beginilah adatnya, bila tidak berpuas hati. Jalan dah diberi tetapi tidak mahu menggunakan. Bila si Guru / orang pandai mengajar, jangan harapkan guru / orang pandai tersebut berikan 100% cara nak melakukan. selebihnya terpulang kepada anda sendiri, yang mencuba, praktik dan sebagainya. Guru / orang pandai tersebut hanya tunjukkan jalan dan anda sendiri yang kena cuba, praktikkan apa yang diajar.Renung-renung, selamat mencuba!
*kisah ini tidak ada kaitan dengan saya sendiri atau kepada orang lain. hanyalah untuk renungan kita bersama.