Bila bekerja berpasukan, atau pun beberapa orang individu yang yang membentuk satu pasukan, beberapa perkara hendaklah dipatuhi agar kumpulan yang dibina tidak berpecah belah, sakit menyakiti antara satu sama lain dan sebagainya.
Ok, antara kriteria yang perlu difahami dalam kerja berpasukan ialah
1. Setiap tindakan ketua mesti telus dan sebolehnya jangan ada rahsia
Kadangkala, menjadi ketua bukan semudah yang disangka, tetapi sebagai ketua dalam sesebuah kumpulan setiap tindakan akan menjadi tumpuan ahli-ahli yang lain. ok contohnya, jika si ahli bertanya kepada ketua apa perancangan untuk 2009, si ketua akan menjawap, "aku ada perancangan korang duduk je diam-diam" perumpamaan begini secara tidak langsung akan menimbulkan banyak spekulasi kepada ahli-ahli yang lain di dalam kumpulan. apalah salahnya dijawap dengan ayat sebegini, "perancangan untuk 2009 adalah bla bla bla". Hah!, bukan nya susah pun. Bila timbul spekulasi dalam kumpulan dan bermacam-macam ragam yang timbul akibat sifat ketua yang terlalu berahsia, korang taula alamat kumpulan tersebut tak lama la.
2. Setiap pandangan ahli hendaklah diambilkira untuk penambahbaikan pada masa akan datang
Ok, sebagai ketua, pandangan daripada ahli-ahli yang lain perlu diambilkira dalam kerja berkumpulan ini. jika asyik dengan ego ketua yang mengatakan perancangan dia lebih baik, secara tidak langsung, menunjukan si ketua tersebut adalah seorang yang ego. tak menerima pandangan orang lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kumpulan tersebut tak dapat bertahan lama.
3. Pembahagian tugas sama rata kepada setiap ahli kumpulan
Pembahagian tugas yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan menjamin kestabilan sesebuah kumpulan. contohnya si A lebih banyak kerja daripada si B, dan si C langsung tidak ada kerja, maka ini mewujudkan suasana kurang sihat dalam sesebuah kumpulan. Ketua sepatutnya, bertanggungjawap membahagikan tugas sama rata agar ahli-ahli yang lain dapat melibatkan diri dan ini secara tidak langsung mereka tidak akan rasa tersisih disebabkan pembahagian tugas yang tidak seimbang.
Ok jika ada rasa pertambahan yang korang nak buat mengenai post nih, sila-sila la post kat komen yek! atau saje je nak mengomel, sila menjerit kat shoutbox tu k.
6 comments:
Aii.. macam perli boss jak tok.. hahaha.. tok mesti kes kecik ati ngan bos.. apa dipadah ko tok Di nang mena koh. Besa urg berpangkat (gila kosa0 tok mun nya nak molah sesuatu dan merlu kita, berahsia2 indah.. ya dibencik ku juak.. makin nya sik berterus terang, makin lambat keja dipolah aku hahahaha..
Benar padah kawu...boss mesti telus dalam apa nok maok dipolah. Hahahah
Setuju! setuju! Esp liked the 1st one. :-)
bena padah dirik.
Aok..kerja berpasukan tok lebeh bagus. Tanggar kita dak askar2 kita nun.. suma berpasukan. YerRRr pa jak la kenak ngenak ishkk..
Krol,
xdala kes kecik ati, just skadar nak mengexpresikan dirik..wakakakak
Willie
yeap benar bah...
One Other
Selamat datang ke blog tok..heheh
Mat,
Yah..stuju juak hoh
Pezal,
Yala tek, mun mok sigek team ya hold on strong, janganla ada benda2 nok dipadah aku ya..
Post a Comment