Salam Guys,
Membuka Tirai jalan-jalan tahun 2009, aku dan hidayat sempat mengunjungi Indonesia yang flightnya direct daripada Kuching ke Jakarta. Penerbangan memakan masa 1 jam 45 minit daripada Kuching Sarawak. Aku dan Hidayat tiba di Jakarta jam 12.30 waktu Malaysia dan kira-kira 11.30 waktu di Jakarta (kebelakang 1 jam)
Kedatangan ke Jakarta sebenarnya adalah plan Ali oleh kerana, Ali terpaksa berpindah ke Putrajaya, so nya sik dapat join aku dan Hidayat untuk Jakarta. Sampai di Airport Sukarno Hatta, Keadaan agak sepi, sebab last flight daripada Kuching tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno Hatta. keluar daripada Arivall Hall, banyak sekali "ulat-ulat" teksi yang datang mengoffer teksi. Aku ngan Hidayat menjeling2 camney mok booking teksi dari epot. Mostly semua Kaunter dah tutup. so jalan-jalan di luar ada sorang Teksi Driver tok, ngoffer teksi, bincang-bincang, nya sanggup hantar ke Bandung. So kamek duak Hidayat selamat Tiba di Bandung jam 2.30pagi (waktu Indonesia). Di Bandung, Aku ngan Hidayat menginap di Hotel International Imperium. Lebih kurang RM98 gya semalam. Rate weekendnya RM120 gya la.
1st day aku Hidayat bangun lambat sebab letih. Turun ke Restoran kat Hotel lalu breakfast. sik banyak aktiviti gilak la 1st day ya. pegi ke Istana Plaza 200 meter di belakang Hotel, Lunch kat sia jak. Dinner pun kat sia juak. Petang ya 1st day ya, Hidayat Call sigek company tok, (Travel and Tour) so nanyak la pasal tour guide. rondeng-rondeng, dapatlah sorang guide, driver ngan Kenderaan.Nya mintak lam RM300++ sik salah aku, still ok lah dapat tour tempat-tempat menarik di Bandung. Including Lunch, Bayar masuk, Dinner ngan Parking Fee.
2nd Day Aku ngan Hidayat diembak Tour Guide namanya Pak Goti. makei Avanza. so 1st tempat yang kamek orang tuju adalah Taman Wisata Alam di mana di sialah terdapat Gunung Tangkuban Perahu. Anyway perjalan ke sia ambil masa 1 jam daripada Hotel.
Papan Tanda Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu
Aku kat papan tanda ya.
So sampei di Gunung Tangkuban Perahu ya, Aku ngan Hidayat diperingatkan oleh Pak Goti agar jangan nanyak harga dengan penjual-penjual jalanan yang banyak kat sia. Jika bertanya, sik membeli, nya akan follow ke siney-siney. Keluar dari kereta, aduh..sejuknya. rasa menyesal sik bawa baju tebal sikit. Bau sulfur yang kuat menyelubungi lubang hidung, sebab biasalah kan, Kawasan Gunung berapi.
Kawah Gunung Tangkuban Perahu. Bahagian yang berasap adalah Bahagian yang baru aktif sebab ada gegaran 3 minggu sebelum ya.
Gambar Pemandangan sekitar gunung Tangkuban Perahu.
Oleh kerana terlalu sejuk, aku ngan Hidayat join Pak Goti minum secawan kopi di sebuah kedai di situ. Lepas minum Kopi panas, fuh, baru lega rasanya.
Selepas puas menikmati pemandangan di Kawah Gunung Tangkuban Perahu, Kami terus menuju ke Ciater Spa, berendam dalam air panas. wah, memang panas sekali air ya mula-mula masukkan kaki ke dalam kolam. tapi selepas beberapa ketika, rasa ok. pi sebelum Menuju ke Ciater Spa, Kamek orang singgah di tepi lereng yang ada penanaman teh. wah. syok sekali suasana itu.
Kat sebuah Ladang Teh di Gunung Tangkuban Perahu.
Aku tengah berendam kaki dalam kolam air panas yang dikatakan mempunyai sulfur yang bagus untuk kulit
Kolam Air Panas di Ciater Spa
Lepas berendam di Ciater Spa, kamek orang makan tengahari di Restoran Nama Balibu (bawah lima bulan) yang famous dengan satey kambing. banyak Malaysian makan kat sini.
Restoran Balibu
Lepas makan di Restoran Balibu, Tour Guide Membawa kami melalui jalan kampung yang terdapat di Kaki Gunung. di kampung-kampung tersebut, banyak pengusaha bunga-bunga. Kualiti gambar agak kurang memuaskan so tiada gambar bunga-bunga yang diambil sebab dalam moving vehicle.
Jalan kampung yang dilalui
Pemandangan kat Kampung tersebut. (dibelakang adalah Gunung Tangkuban Perahu)
Gunung Tangkuban Perahu
Lepas keluar dari kawasan Gunung Tangkuban Perahu, Kamek orang dibawa ronda-rondah sekitar bandar bandung. so aku sertakan gambar jaklah hoh. malas mok naip.
Keadaan di sekitar bandar bandung
Keadaan di sekitar bandar bandung
Gedung Satey (pejabat Governor) di Daerah Bandung
Toko Tiga tempat Jeans, baju yang murah giler. Aku ngan Hidayat membeli beberapa helai baju which cost us RM 78.00 (kadar -pertukaran waktu itu)
Proton Wira sebagai Teksi di Jalan Cihampelas.
Sekitar Jalan Cihampelas
Cihampelas Walk (mall yang still masih under construction sekitar areanya)
Lekak balit, dari jalan Cihampelas, aku ngan Hidayat singgah membeli a few things (roti, mineral water, soft drink) utk malam. Lepas itu baruklah balit ke Hotel.Malam pulak, kamek orang dinner kat Restoran Simpang raya makan masakan padang. kebetulan pulak, malam ya malam valentine, yah, trafik jam pun berlaku.
Restoran Simpang Raya (masakan nasi padang)
Malam Valentine di Bandung. TRafik Jam Jalan.
Lepas makan balit hotel terus, rileks-rileks.So, thats the End of 2nd Day Journey at Bandung. Chapter 2 coming up
5 comments:
best eh...aku plan bln julai tok aku nk g bandung. dgr2 lens sia murah2.
yer...pegi bandung duhal. sik madah-madah eyh! sik pegi makan rah sapu lidi? ah syoknya ada dslr ho...
best indon ehh..
sampei chapter berapa cerita tok pok?..
besshh, aku mok gi indon juak kelak!
dukun
2 chapter bandung, sigek chapter jakarta.
oon,
yah.mari mari mari..
Post a Comment